Alhamdulillah… Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kehadiran Ramadhan dapat dirasai setahun sekali sahaja. Oleh itu mungkin ada diantara kita yang telah lupa niat dan doa berbuka puasa. Mari kita baca kembali niat dan doa yang saya sediakan ini:
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.
Lafaz Niat Puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.